Saturday 11 February 2017

Kuda jaguh di Medan Perang

Kuda adalah sejenis binatang yang sangat dihormati dalam islam.
kitab al-Quran dan hadis Nabi banyak menceritakan tentang kuda.
Dari zaman Rasulullah s.a.w. hingga hari ini, pemimpin Arab 
menggunakan Kuda untuk bersukan dan untuk pelbgai tujuan.
Pada zaman dahulu kala, kuda merupakan kenderaan penting 
dalam peperangan. Bangsa Turki terkenal dengan kecekapan 
menunggang kuda sambil memanah dan membawa perbagai
jenis senjata dengan sempurna. Kuda Arab adalah jenis Kuda
yang terbaik di dunia. Kuda Arab merupakan Kuda yang cantik,
pantas berlari, tahan lasak dengan cuaca panas dan sejuk, cekap
serta bijak. Tidak hairanlah jika Kuda Arab menjadi impian
setiap penggemar Kuda. 
Nabi Ismail a.s. pernah menunggang Kuda, Nabi Sulaiman a.s.
telah mewarisi lebih daripada seribu ekor Kuda daripada 
Nabi Daud a.s. Pernah dalam sejarah, suku kaum Azad 
meminta hadiah daripada Nabi Sulaiman a.s. lalu 
baginda menghadiahkan seekor Kuda. 
Nabi muhammad s.a.w. dan para sahabat baginda adalah pengasas 
dalam penubuhan tentera Islam berkuda. Baginda telah menyeru
umatislam supaya berusaha membiakkan Kuda
untuk mempertahankan Ilam daripada ancaman musuh.
nnnnnNabi muhammad s.a.w. pernah memiliki beberapa ekor Kuda
istemewa, antaranya yang bernama
As-kaf. Baginda menunggang Kuda ini semasa 
peperangan. Kuda-kuda lumba baginda yang bernama Subbah,
Sabahah, AL-Murtajis dan Lizaz tidak pernah kalah 
dalam perlumbaan.Menurut baginda Rasulullah s.a.w. 
Kuda yang baik ialah Kuda hitam, terdapat jalur 
putih di kepala dan mempunyai warna putih di bibir 
bahagian atas. Kepantasan Kuda dalam berlumba
tiada tandingan antara semua haiwan yang ada di dunia 
ini. Begitu istemewa Allah menciptakan kuda 
sehigga menjadi kenderaan utama 
dalam peperangan.

No comments:

DI KANTIN

1. SAYA KENA PASTIKAN BEG DUIT SAYA DALAM POKET. 2. SAYA  KENA BELI MAKANAN  YANG BERKHASIAT DAN BOLEH KENYANG. 3. SAYA KENA MEMBASUH TA...