Sunday 7 May 2017

DI KANTIN

1. SAYA KENA PASTIKAN BEG DUIT SAYA DALAM POKET.
2. SAYA  KENA BELI MAKANAN  YANG BERKHASIAT DAN BOLEH KENYANG.
3. SAYA KENA MEMBASUH TANGAN SUPAYA BAKTERIA TAK ADA.
4. SAYA KENA MENGAMBIL TUALA DAN MENGELAP TANGAN SUPAYA TIDAK ADA SABUN.
5. APA LAGI MAKAN LAH HAHAHAHAHA.

JANGAN INGAT NI KANTIN  NI RESTOREN.

Wednesday 22 March 2017

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI BONDA


BAHAN - BAHAN :

1. Ayam 
2. Cili Api
3. Kunyit hidup
4. Serai (dititik)
5. Asam gelugor /asam keping 
6. Santan
7. Ubi kentang
8. Garam 
9. Gula 

1. Bahan bertanda ditumbuk sehingga lumat.
2. Satukan ayam, ubi kentang, bahan dan serai ke dalam periuk. Gaulkan rata dan tutup periuk 
3. Masak sekejap sehingga ayam kecut
4.Tuang santan cair dan masak sehingga kentang
    separuh empuk 
5.Tambah asam gelugor dan tuang pati santan.Masak       dengan api perlahan sehingga kentang empuk.
6.Tambah garam secukup rasa dan secubit gula.
7. Masak sekejap dengan api serdehana sambil kacau kuah.
8. Rasa, dah okey boleh tutup api.
9. Jom makan.



Saturday 11 February 2017

Kuda jaguh di Medan Perang

Kuda adalah sejenis binatang yang sangat dihormati dalam islam.
kitab al-Quran dan hadis Nabi banyak menceritakan tentang kuda.
Dari zaman Rasulullah s.a.w. hingga hari ini, pemimpin Arab 
menggunakan Kuda untuk bersukan dan untuk pelbgai tujuan.
Pada zaman dahulu kala, kuda merupakan kenderaan penting 
dalam peperangan. Bangsa Turki terkenal dengan kecekapan 
menunggang kuda sambil memanah dan membawa perbagai
jenis senjata dengan sempurna. Kuda Arab adalah jenis Kuda
yang terbaik di dunia. Kuda Arab merupakan Kuda yang cantik,
pantas berlari, tahan lasak dengan cuaca panas dan sejuk, cekap
serta bijak. Tidak hairanlah jika Kuda Arab menjadi impian
setiap penggemar Kuda. 
Nabi Ismail a.s. pernah menunggang Kuda, Nabi Sulaiman a.s.
telah mewarisi lebih daripada seribu ekor Kuda daripada 
Nabi Daud a.s. Pernah dalam sejarah, suku kaum Azad 
meminta hadiah daripada Nabi Sulaiman a.s. lalu 
baginda menghadiahkan seekor Kuda. 
Nabi muhammad s.a.w. dan para sahabat baginda adalah pengasas 
dalam penubuhan tentera Islam berkuda. Baginda telah menyeru
umatislam supaya berusaha membiakkan Kuda
untuk mempertahankan Ilam daripada ancaman musuh.
nnnnnNabi muhammad s.a.w. pernah memiliki beberapa ekor Kuda
istemewa, antaranya yang bernama
As-kaf. Baginda menunggang Kuda ini semasa 
peperangan. Kuda-kuda lumba baginda yang bernama Subbah,
Sabahah, AL-Murtajis dan Lizaz tidak pernah kalah 
dalam perlumbaan.Menurut baginda Rasulullah s.a.w. 
Kuda yang baik ialah Kuda hitam, terdapat jalur 
putih di kepala dan mempunyai warna putih di bibir 
bahagian atas. Kepantasan Kuda dalam berlumba
tiada tandingan antara semua haiwan yang ada di dunia 
ini. Begitu istemewa Allah menciptakan kuda 
sehigga menjadi kenderaan utama 
dalam peperangan.

Sunday 20 November 2016

SWEETNYA PUTERI AMANI

Amani baru sahaja selesai membaca buku cerita baharu yang mama belikan. Buku cerita itu mengandungi banyak kisah puteri yang baik hati. Semua puteri dalam buku itu suka membantu rakyatnya dengan melakukan kebaikan. "Amani pun nak jadi puteri lah!" kata Amani "Amani nak jadi puteri apa?" soal yasmin pelik "mestilah puteri serperti dalam buku cerita ni. Puteri yang suka menolong orang yang memerlukan bantuan!"ujar Amani dengan penuh bergaya 


Sunday 25 September 2016

TEMPAT PERMAINAN SAYA

Tempat permainan saya yang pertama ialah perut Mama saya.
Tempat permainan saya yang kedua ialah perut ayah saya.
Tempat permainan saya yang ketiga ialaaaaah taman mesra.
itu sahaja sekian terima kasih.

Saturday 24 September 2016

MINI ZOO DAY

Nama saya Iman. Di sekolah saya ada mini zoo day. Saya bawa Hamster saya, kawan saya ada yang bawa burung,
ada yang bawa kucing. Ha! ada yang bawa kura kura, ada yang bawa cacing, ada yang bawa semut dan ada yang bawa siput babi. Ada yang bawa Arnab besaaaar. ada yang bawa tikus yang
menyeramkan mata tikus itu berwana merah. Ada yang bawa 
katak kecil. Ada yang bawa ikan itu sahaja sekain terima kasih

Wednesday 21 September 2016

HAIWAN KESAYANGAN SAYA

Haiwan kesayangan saya ialah Hamster Roboravkia atau
dikenali juga sebagai Desert Hamster atau Robos.
Hamster betina saya bernama Bella. Hamster jantan saya 
bernama Jerry. Hamster ini berasal dari padang pasir di
negara Russia, Kazakhstan dan utara China. Hamster saya
sangat comel, aktif dan dapat berlari dengan pantas.Mereka
dapat hidup sehingga umur tiga empat tahu. saiz badan 
mereka dapat membesar sehingga lima cm.
Saya sayangkan kedua dua Hamster saya.


DI KANTIN

1. SAYA KENA PASTIKAN BEG DUIT SAYA DALAM POKET. 2. SAYA  KENA BELI MAKANAN  YANG BERKHASIAT DAN BOLEH KENYANG. 3. SAYA KENA MEMBASUH TA...